Tuesday, February 26, 2013

Latihan Industri





Pada minggu pertama dan hari pertama bekerja, saya bersama rakan-rakan latihan industri dengan saya diberi taklimat mengenai latar belakang syarikat tersebut. Kami memperkenalkan diri kami masing-masing kepada semua pekerja di dalam pejabat itu atau nama sainstifik lain dikenali sebagai "ice breaking". Sesudah selesai memdengar taklimat dan sesi kenal diri, tiba pula masa untuk memberi tugasan masing-masing.

Antara tugas yang diberikan ini akan bekerja dibawah naungan syarikat besar iaitu MARA dan Formis. Pada keesokan hari, saya dan yang lain mengikuti salah seorang pekerja untuk membuat pemasangan komputer baru di salah sebuah Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Petaling Jaya (KKTM). Sebanyak 20 buah komputer hendak ditukar dengan komputer lama bagi mengantikan yang baru.

Oleh itu, memandangkan hari pertama, kami diberi tunjuk ajar semua cara satu per satu sebelum menukarkannya. Walaupun agak perlahan dan terkial-kial nak membuat tetapi dapat mengakhirkan kesemuanya dengan jaya tanpa ada sebarang kerosakan. Sebelum kami semua pulang ke rumah, staff pekerja yang membawa kami tersebut memberitahu bahawa selama 1 bulan ini dipenuhi dengan kontrak pemasangan komputer pada setiap zon daerah dan zon negeri dengan syarikat MARA sehingga bulan berikutnya di bangunan MARA Kuala Lumpur (Headquarters).

Selepas itu, tempat yang seterusnya di pejabat mara daerah gombak tetapi kali ini, kami berpecah kepada 2 kumpulan yang akan pergi ke gombak dan kajang oleh kerana jumlah bilangan yang sedikit berbanding pada hari esok di pejabat Mara Negeri Wilayah yang mempunyai sebanyak 40 buah yang akan dipasang. Selama 2 hari di pejabat Mara Negeri Wilayah sehingga minggu seterusnya.

Pada hari Isnin minggu kedua, selepas selesai pulang dari pejabat Mara Negeri Wilayah, supervisor kami memperkenalkan 3 orang pelajar latihan industri dari UniKL yang akan menjalani latihan industri mereka selama 4 bulan bersama kami dan pada hari yang sama juga supervisor kami melantik saya dan seorang rakan saya untuk mengetuai kumpulan ini seramai 8 orang termasuk saya. Pada keesokan hari, kami semua diberi arahan sekali lagi untuk berpecah kepada 2 kumpulan yang akan pergi ke Shah Alam dan Puduraya.

Selepas itu pada keesokan, kami beramai-ramai pula pergi ke Pejabat Mara Seremban untuk pemasangan komputer yang ada sebanyak 45 buah.  Selama 3 hari berturut-turut kami ke sana kerana sering kali mengalami kerosakan yang teruk terutama masalah internet dan masalah pekerja yang tidak bersedia terlebih awal untuk sebarang backup data dan berakhir pada hari Jumaat dan seramai 4 orang sahaja yang pergi ke pejabat Mara Daerah Rembau untuk pemasangan sebanyak 5 buah komputer.

Pada minggu ketiga, seramai 4 orang akan pergi ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau (KKTM) sebanyak 20 komputer untuk dipasang. Pada keesokan hari, pergi ke Kolej Mara Seremban dan sebanyak 20 komputer juga dipasang. Kemudian, kami mendapat arahan baru sekali lagi dimana akan berpecah dan setiap kumpulan hanya 2 orang sahaja yang akan pergi dan buat di sana. Saya dan seorang rakan akan pergi ke arah utara iaitu di Kedah dan Perak untuk pemasangan komputer disana manakala yang lain akan pergi ke arah timur dan juga ke arah selatan.

Sesudah selesai tugasan masing-masing untuk pemasangan komputer dalam jangka masa 4 hari di utara, tiba masa untuk destinasi yang terakhir yang kami akan pasang untuk pemasangan komputer yang paling terbanyak iaitu sebanyak 1280 buah komputer yang akan dipasang bersama dengan gabungan pekerja separuh masa seramai 7 orang yang akan bersama dengan kami dan berjumlah keseluruhan seramai 15 orang termasuk kami di Ibu Pejabat Mara Kuala Lumpur (Headquarters). Dari minggu tersebut sehinggalah minggu dan hari terakhir latihan industri kami di sana membuat pemasangan komputer dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain. Daripada situ, kami mendapat banyak pengalaman manis dan pahit dengan suasana persekitaran tempat kerja mereka dan hadapi segala rintangan masalah terhadap pekerja Mara yang bekerja di sana. Walaupun agak sesak dengan kertas kerja mereka dan ruang kerja kami yang sempit tetapi dapat melakukan pemasangan komputer dengan lancar. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment